‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’
Kepada,

Dermawan Yang Mengharapkan Akhirat

Tuan/Puan,

MEMOHON DERMA UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AN-NUR

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz An-Nur mula beroperasi pada 01 Januari 2008.

3. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Para Dermawan semua, walaupun Maahad Tahfiz An-Nur dalam suasana yang serba kekurangan khususnya dari segi ketiadaan kemudahan bangunan sendiri untuk dijadikan tempat belajar, asrama untuk menempatkan para pelajar, bilik guru dan warden untuk mengurus dan menyelia para pelajar, namun pihak pengurusan terpaksa meneruskan juga operasi pengajiannya demi memenuhi permintaan dan cita-cita sesetengah ibu bapa yang cintakan al-Quran dan ingin melihat anak-anak mereka lahir sebagai seorang hafiz yang berwibawa di dunia dan akhirat. Jadi untuk memenuhi permintaan dan hasrat yang murni tersebut, maka buat masa sekarang pihak Maahad Tahfiz An-Nur terpaksa menyewa sebuah lot bangunan milik individu di Desa Subang Permai, Shah Alam.

4. Bagi menampung segala kekurangan ini, pihak Maahad Tahfiz An-Nur berhasrat untuk membeli sebidang tanah dan membina bangunannya sendiri demi keselesaan para pelajar meneruskan pengajian mereka. Untuk itu, pihak Maahad Tahfiz An-Nur mempelawa individu, syarikat, pertubuhan atau siapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh bagi merealisasikan hasrat murni ini. Sumbangan dari pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sekalian boleh dibuat atas nama : MAAHAD TAHFIZ AN-NUR. No akaun Maybank : 562478123076

5. “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (Firman Allah, Surah al-Baqarah, ayat 261). Mafhum Sabda Rasulullah s.a.w. : “Harta kamu ialah apa yang telah kamu guna dan belanjakan, sementara yang kamu tinggalkan itu adalah untuk orang selepas kamu.” (Riwayat al-Bukhari). Dan mafhum sabda Baginda S.A.W. lagi : “Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara…….(salah satu daripadanya ialah) Sedekah Jariah.”

6. Pihak Maahad Tahfiz An-Nur dan para pelajarnya mendoakan agar Para Dermawan yang pemurah ini dianugerahkah kesihatan yang berpanjangan, umur yang berkat dan dimurahkan rezeki setiap masa dan keadaan. Amin Ya Allah.

7. Semoga sumbangan daripada pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan itu diganjari oleh Allah Taala dan akan menjadi bekalan di Hari Kemudian, iaitu Di Hari Yang Tiada Berguna Harta dan Anak Pinak, Kecuali Orang Yang Datang Kepada Allah Dengan Hati Yang Sejahtera (maksud firman Allah).

8. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung terus dengan mudir Maahad Tahfiz An-Nur di talian 013-3990239.

Sekian terima kasih dan Jazakallahu Khairan Kathiran.

Yang benar,


…………………………………
(US. SABRI HJ MOHD NOR)
Mudir

 

 

Assalamualaikum

Pembangunan Maahad Tahfiz ini sememangnya bertunjangkan kepada sumbangan orang ramai yang mahu melihat kelahiran tahfiz-hafiz berterusan di Negara kita sendiri ini. Bagi memastikan anak-anak tahfiz kita mendapat kemudahan dan tempat pembelajaran yang baik, kami masih memerlukan sumbangan yang besar dari pihak saudara dan saudari.

Anak-anak ini merupakan bakal pemimpin masa depan. Mereka memerlukan bantuan daripada kita untuk meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz An-Nur.

Kini 45 pelajar berdaftar dan jumlah ini meningkat dari masa ke semasa. 20 pelajar merupakan anak yatim. Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

Sehingga kini, 3 unit rumah telah dibuka untuk menempatkan pelajar-pelajar ini dan kos
semakin meningkat. Setiap pelajar memerlukan perbelanjaan RM300 sebulan.

Lokasi:

MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
NO 21 Jalan 11,
Desa Subang Permai,
40150 Shah Alam.
SELANGOR

Sumbangan boleh dibuat kepada:

BANK MAYBANK
NO AKAUN 562478123076
AKAUN MAAHAD TAHFIZ AN-NUR

 

 

Bagi mereka yang ingin menderma atau memberi sumbangan dalam bentuk wang, peralatan, perabot, buku-buku dan sebagainya bolehlah hubungi:


Sebarang pertanyaan:
0 1 3 - 3 9 9 0 2 3 9

http://www.alqitaal.blogspot.com


 

 
Semoga usaha dan niat baik kita diberkati Allah SWT.